Kamis, 13 Agustus 2009

DI MANA CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu
menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu
memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya
yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau
yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi
juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.



Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan
suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan
perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk
menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah
berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup
untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kaum wanita harus menyatakan kesyukuran kehadrat Ilahi
kerana menjadikan dan memberikan keindahan-keindahan
itu. Namun, betapa pun dijaga,
dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban
waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan
suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat
kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Moga-moga ianya menjadi panduan dan iktibar kepada kaum
wanita.InsyaAllah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar