Rabu, 19 Agustus 2009

Kenangan Sidang Sarjana Muda di UIN Ciputat

Pada tanggal 29 jun, pertama kali saya diuji oleh pengsyarah tentang apa yang saya tulis dalam skripsi saya, ujian itu adalah untuk mengetahui sedalam mana kita memehami dan menghayati apa yang kita tulis dan kaji melalui penyelidikan selama kita menulis. sebelum 4 hari di uji, saya dikehendaki memberi skripsi yang saya tulis kepada para pengguji, ia terdiri kepada 2 orang pengguji iaitu Dr. Zainal Arifin M.A dan Dr. Suryanidata M.A. turut diuji juga adalah dosen pembimbing saya yang banyak memberi dorongan dan nasihat pada saya dalam menyelesaikan penulisan saya. dan tidak lupa ketua sidang sebagai pelaksaana dan menyelesaikan ujian dan tidak lupa setiausaha jurusan sebagai pemberitahuan nilai ujian. itulah pengalaman pertama diuji oleh pengsyarah dengan bahasa Indonesia yang tidak fasih menyebabkan saya bimbang. atas dorongan teman-teman dan doa teman-teman alhamdulillah saya lalui ujian itu dengan sempurna. Dan alhamdulillah nilai yang diperolehi saya memuaskan.terima kasih buat teman-teman yang banyak membantu saya iaitu Ar-rozi,Umi, Yati, Suha, Yam, K.esyah dan Fizah.jasa kalian tidak akan saya lupa.

Jumat, 14 Agustus 2009

Kemeriahan Konvokesyen Kolej Universiti Darul Qur'an Islamiyyah

Pada tanggal 30.8.2008 adalah saat paling bahagia buat bakal diploma yang terdiri daripada 15 pelajar muslimin dan 19 muslimat. kemeriahan itu diraikan dengan sempurna dengan kehadiran ibu bapa dari pelajar dan teman-teman dan tidak disangka para wartawan dan para harakah hadir memeriahkan hari bersejarah tersebut. jutaan terima kasih buat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana hadir dalam majlis itu. dan memberi diploma buat pelajar yang berjaya.

Kamis, 13 Agustus 2009

Syirik Dalam al-Qur'an

Definisi Syirik
Pada umumnya, jika seseorang mendengar kata musyrik, maka yang terlintas dalam otaknya ialah penyembah patung, si penyembah berhala dan si penyembah api. Syirk (شرك), artinya saham, andel, kongsi, kaperasi, kerja sama. Musyrik ialah ism fa’il إسم الفاعل) ), pelaku dari syarika atau syirk, orang yang menyakini atau setidak-tidaknya beranggapan ada kekuatan yang dapat memberi manfaat atau mendatangkan mudharat, selain dari kekuasaan Allah. Menurut al-Qur’an syirk itu digolongkan dikategorikan pada zhulm, sebagaimana yang dikatakan al-Qur’an dalam surat Lukman ayat 13. Pengenalan syirik: Syirik berasal daripada perkataan Arab yang berarti "Berkongsi" atau "Bersepakat". Mensyirikkan Allah berarti menyekutukan Allah dengan benda-benda lain. Yaitu seseorang menyamakan selain Allah dengan Allah pada perkara yang merupakan hak istimewa Allah seperti: Ibadah, mencipta, mengatur, memberi manfaat dan mudharat, membuat hukum dan syariat dan lain-lain.
Pada pendapat yang lain definisi syirik ialah syirik berasal dari kata syârikâ, secara harfiah berarti kongsi, sekutu, rekan atau mengambil bagian pemengang andil. Menurut syariah, syirik mempunyai arti kemusyrikan atau pemujaan berhala. Sejak seseorang menghubungkan makhluk-makhluk lainnya dengan Allah, dia disebut musyrik. Lawan dari syirik adalah tauhid, yang dapat diartikan penolakan terhadap segala rupa persekutuan dengan Allah Swt.
Dalam hal ini al-Qur’an menegaskan:
قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ (الأنعام/١٩).
“Katakanlah: Sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku terlepas diri dari apa yang kamu persekutukan dengan Allah”. (Q.S. 6 Al-An’am, 19).

Syirik terbahagi dua bagian: Syirik jali atau syirik khafi.
Yaitu syirik yang terang seperti menyembah berhala, puja kubur, puja pohon kayu yang dianggap keramat, puja pantai dan seumpamanya, ke semua itu adalah kerja-kerja syirik.

DI MANA CANTIKNYA SEORANG MUSLIMAH?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu
menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu
memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya
yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau
yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi
juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.



Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan
suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan
perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk
menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah
berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup
untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kaum wanita harus menyatakan kesyukuran kehadrat Ilahi
kerana menjadikan dan memberikan keindahan-keindahan
itu. Namun, betapa pun dijaga,
dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban
waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan
suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat
kewanitaan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Moga-moga ianya menjadi panduan dan iktibar kepada kaum
wanita.InsyaAllah.

wisuda 76

Pada tanggal 25 julai 2009, di Uin jakarta telah mengadakan sambutan konvokesyen untuk mahasiswa yang berjaya menamatkan pelajarannya dalam ijazah,Master dan Phd, dan tidak disangka wisuda yang ke 76 adalah wisuda yang paling ramai iaitu hampir 1000 orang. kami dari Mahasiswa malaysia hanya 11 orang yang terdiri dari Kudqi,Apid,dan IPA. Mahasiswa malaysia adalah terdiri dari 6 mahasiswa dan 5 mahasiswi. mereka adalah Ismayuddin,Izuddin,Kamal Kusmi,Syafie, Hilman dan Hafiz, mahasiswi terdiri dari Marina, Syuhada, Halimah,Nor Adilah, dan Nur Ain.